Selamat datang ke blog tip berhenti merokok!

Blog ini direka khas untuk sesiapa sahaja yang inginkan panduan ,tips dan cara berhenti merokok yang percuma, mudah, ringkas dan padat. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan artikel mahupun video mengenai tip berhenti merokok bagi memudahkan pembaca untuk mengikuti panduan dan cara berhenti merokok dengan betul. kesemua cara berhenti merokok yang dipaparkan boleh dilakukan serta merta tetapi secara bersistematik kerana proses untuk seseorang berhenti menghisap rokok perlu dilakukan secara beransur-ansur.Untuk makluman anda tips dan langkah berhenti merokok dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan panduan artikel mahupun video berhenti merokok terbaru untuk rujukan anda.

Selamat melayari blog tip berhenti merokok!

Bagaimana cara berhenti merokok?


cara berhenti merokok

Kita sering mendengar keluhan hati penghisap rokok yang ingin berhenti merokok.sedangkan merokok itu sudah menjadi tabiat dan asam garam dalam kehidupan mereka.jika tidak menghisap rokok ada sesuatu yang tidak kena pada diri si perokok.kadang-kadang rasa kasihan kepada mereka dan seolah-olah mereka menjadi hamba kepada ROKOK.tapi bak kata pepatah melayu “nak seribu daya tak nak seribu dalih” saya sangat bersetuju dengan perumpamaan melayu itu.jika anda benar-benar bertekad untuk berhenti merokok anda PASTI BOLEH!mari kita lihat cara berhenti merokok bersama-sama.semoga ianya memberi manfaat kepada anda yang ingin berhenti merokok.

Menyedari anda mepunyai masalah.
Apabila anda mula menghisap rokok itu tandanya anda sedang menghadapi masalah tidak kira sama ada masalah peribadi,masalah kerja mahupun masalah keluarga.anda berfikir dengan merokok ianya dapat menyelesaikan masalah.anda SILAP kerana anda sedang mencipta masalah baru.cuba fikirkan jalan penyelesaian yang lain.

Membuat keputusan.
Anda perlu menbuat keputusan untuk bertekad dan berazam untuk berhenti merokok.dengan kesedaran diri yang tinggi sahaja dapat menghentikan tabiat merokok anda.cuba bayangkan jika anda tidak berhenti merokok dari sekarang pasti masa depan anda akan gelap dek angkara menghisap rokok.buat keputusan yang terbaik sekarang! 

Menetapkan tarikh berhenti merokok.
Target kan dalam perancangan anda bila anda betul-betul mahu berhenti merokok.dengan menetapkan satu tarikh anda akan Nampak dengan jelas tempoh masa yang anda perlukan untuk berhenti merokok.cara ini juga akan dapat mendisiplinkan diri anda.

Elakkan pengaruh untuk merokok.
Banyak pengaruh luar yang mendorong anda untuk kembali merokok semula.contohnya jika pengaruh itu datangnya dari rakan-rakan anda yang merokok cuba elakkan dari berjumpa mereka jika tiada urusan yang pentingkan.apabila anda sudah boleh mengawal diri dan tidak mudah untuk dipengaruhi barulah anda berjumpa rakan-rakan anda tadi walaupun tiada urusan yang penting.

Minta bantuan dari rakan anda.
Minta bantuan rakan anda yang TIDAK MEROKOK.jangan pula minta bantuan dari rakan anda yang menghisap rokok.pasti tak menjadi.mungkin anda boleh pilih rakan anda yang aktif dengan aktiviti luar yang mencabar.apabila anda sibuk pasti anda tidak ada masa untuk merokok.

Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
Banyak aktiviti yang lebih baik dan berfaedah daripada merokok.jika anda seorang muslim cara terbaik ialah dengan mengisi ruang lapang anda dengam menghadiri majlis-majlis ilmu,selalu pergi ke masjid,buat kerja-kerja amal dan banyak lagi 1001 cara untuk megelakkan dari merokok.

 Buat catatan atau nota tentang hasrat anda untuk berhenti merokok/diari berhenti merokok
Manusia memang mempunyai satu sifat PELUPA!fitrah manusia sering lupa jika tidak diingatkan.cara paling mudah dan efektif supaya anda sering diingatkan ialah menyediakan diari berhenti merokok.yang pasti anda buatlah catatan di kertas dan anda tampallah dibilik anda atau dimana saja tempat yang anda sering pergi dan senang untuk dilihat.apabila anda selalu membaca catatan berhenti merokok anda secara tidak langsung minda separa sedar anda akan memprogramkan minda anda untuk tidak merokok.

rahsia terbesar berhenti merokok dijamin 200%

cara berhenti merokok

No comments:

Post a Comment