Selamat datang ke blog tip berhenti merokok!

Blog ini direka khas untuk sesiapa sahaja yang inginkan panduan ,tips dan cara berhenti merokok yang percuma, mudah, ringkas dan padat. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan artikel mahupun video mengenai tip berhenti merokok bagi memudahkan pembaca untuk mengikuti panduan dan cara berhenti merokok dengan betul. kesemua cara berhenti merokok yang dipaparkan boleh dilakukan serta merta tetapi secara bersistematik kerana proses untuk seseorang berhenti menghisap rokok perlu dilakukan secara beransur-ansur.Untuk makluman anda tips dan langkah berhenti merokok dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan panduan artikel mahupun video berhenti merokok terbaru untuk rujukan anda.

Selamat melayari blog tip berhenti merokok!

pengenalan industri rokok (tip berhenti merokok)

tip berhenti merokok

industri rokok atau industri tembakau telah lama wujud sejak sebelum bermulanya perang dunia kedua lagi.industri tembakau ini telah berkembang pesat ke seantero dunia dari barat ke timur dan dari utara ke selatan.Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati.dan golongan remaja merupakan sasaran yang paling tepat untuk mereka.apabila mereka dapat mempengaruhi belia untuk menghisap rokok industri rokok ini dapat terus hidup dan membuat keuntungan.

antara propaganda yang digunakan oleh industri rokok mempengaruhi perokok ialah:-

-Lebih matang dan dewasa
-Canggih
-Riang
-Bergaya
-Tenang
-Diterima ramai

FAKTA MENGENAI TEMBAKAU DAN MEROKOK
Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?
Merokok boleh dalam bentuk berikut :

Rokok
Cerut
Tembakau paip
Seesha
 

1 comment:

  1. haha aku suka blog ni....aku mmng nak berenti merokok.....eh eh macam pernah kulihat skrip blog ni tapi di mana yeah?

    ReplyDelete