Selamat datang ke blog tip berhenti merokok!

Blog ini direka khas untuk sesiapa sahaja yang inginkan panduan ,tips dan cara berhenti merokok yang percuma, mudah, ringkas dan padat. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan artikel mahupun video mengenai tip berhenti merokok bagi memudahkan pembaca untuk mengikuti panduan dan cara berhenti merokok dengan betul. kesemua cara berhenti merokok yang dipaparkan boleh dilakukan serta merta tetapi secara bersistematik kerana proses untuk seseorang berhenti menghisap rokok perlu dilakukan secara beransur-ansur.Untuk makluman anda tips dan langkah berhenti merokok dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan panduan artikel mahupun video berhenti merokok terbaru untuk rujukan anda.

Selamat melayari blog tip berhenti merokok!

penyakit akibat tabiat merokok (tip berhenti merokok)


tip berhenti merokok
kita sedia maklum banyak komplikasi-komplikasi yang merbahaya jika meneruskan tabiat merokok.diharap artikel mengenai penyakit-penyakit yang bakal perokok perolehi akan memberi kesedaran kepada mereka dan mungkin juga anda.jangan risau masih sempat lagi untuk anda berubah!

apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
  • Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
  • Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
  • Barah paydara: lebih 11 kali ganda
  • Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
  • Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
  • Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
  • Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
  • Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda
Adakah perokok pasif kurang bahaya?
Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :
  • Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
    • 2 kali ganda nikotin
    • 3 kali ganda tar
    • 5 kali ganda karbon monoksida
    •  50 kali ganda bahan kimia merbahaya

No comments:

Post a Comment